Asal Usul Mee Bandung
Mee Geti memang hebat, boleh digunakan pelbagai masakan berasaskan Mee seperti Mee goreng, Mee Kari, Mee Sup, Mee Hailam mahupun Mee Bandung.
Tetapi tahukah anda dari mana asalnya Mee Bandung. Ramai yang menjangkakan Mee Bandung berasal dari Indonesia, tetapi Mee Bandung menurut Wikipedia sebenarnya adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal berasal dari Muar, Johor, Malaysia.
Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).
Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mee dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang.
Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.
Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung.
Menggunakan Mee Geti untuk membuat Mee Bandung amatlah kena pada tempatnya.
Mee Geti yang lembut teksturnya dan tidak berasa pahit begitu enak sehingga boleh menjilat sudu.
He.. He...
Nikmatilah Mee Geti Tanpa Was-Was.